Rahmat@nst.com.my
Kuala Lumpur: Badan kehakiman berkata sistem pembayaran ikat jamin mahkamah e-Jamin dibenarkan untuk terus beroperasi berdasarkan pengecualian yang diberikan Kementerian Kewangan bagi memastikan perkhidmatan kehakiman tidak terjejas.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata pihaknya menyedari isu berhubung sistem berkenaan sejak ia timbul pada Januari 2024 dan telah bekerjasama dengan semua agensi yang terbabit bagi menyelesaikannya.
"Berdasarkan arahan yang diberikan, sistem e-Jamin diteruskan susulan pengecualian yang diberikan Kementerian Kewangan.
"Langkah ini bagi memastikan perkhidmatan kehakiman tidak terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.









