KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan unit negara maju itu mengukuh secara meluas di tengah-tengah kebimbangan semula terhadap prospek fiskal Eropah, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.0850/0895 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0880 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) menokok 0.42 peratus kepada 102.26 mata berikutan mata wang utama seperti euro, yang mempunyai wajaran terbesar dalam DXY menyusut 0.69 peratus berbanding dolar AS kepada 1.1181.
"Bagaimanapun, kebimbangan terhadap trajektori fiskal Eropah telah menyebabkan dolar AS mengukuh.








