KUALA LUMPUR – Kos pengajian perubatan di Indonesia hanya sekitar RM200,000 bagi tempoh lima tahun setengah, iaitu kira-kira tiga kali lebih murah berbanding kos yang perlu ditanggung pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Malaysia.
Pengarah Kolej Antarabangsa Goon (GIC), P. Prabagaran berkata, perbezaan kos itu menjadikan Indonesia antara pilihan yang boleh dipertimbangkan pelajar Malaysia yang tidak berjaya mendapat tempat dalam bidang perubatan di universiti awam menerusi Unit Pusat Universiti (UPU).
“Kalau kita lihat kos pengajian perubatan di Indonesia lebih kurang RM200,000 bagi tempoh pembelajaran selama lima tahun setengah manakala IPTS di Malaysia lebih mahal, kira-kira tiga kali ganda,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.










