SINTOK – Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

UUM dalam kenyataan memaklumkan, turut menerima anugerah ialah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid, yang merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, susulan pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Menurut kenyataan itu anugerah tersebut disampaikan bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026 dan Perhimpunan Bulanan UUM di Dewan Mu’adzam Shah, hari ini.

Dalam pada itu Ahmad menyifatkan anugerah seumpama itu, merupakan penghormatan besar dan julung kali diterimanya sepanjang usianya 60 tahun.