PETALING JAYA – Sebahagian guru dan ibu bapa ‘menangis’ apabila mendapati format ujian sebenar matriks 4 bagi kertas bahasa Inggeris hari ini berbeza dengan latihan dan latih tubi sekali gus bimbang akan menjejaskan keputusan murid serta anak mereka.

Difahamkan, format matriks 4 yang sebelum ini dikatakan berbeza daripada format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ternyata sama apabila soalan yang diberikan didapati mengikut format serupa.

Ia sekali gus mengundang kekecewaan apabila guru dan murid dikatakan sudah membuat persediaan berdasarkan format dan garis panduan yang diberikan sebelum ujian.

Luahan seorang guru di media sosial dia kecewa kerana murid sudah bersungguh-sungguh membuat latihan mengikut format yang dimaklumkan.