hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, setakat jam 4.25 petang hari ini.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (172) dan Segamat, Johor (171).

Bacaan IPU di Seremban, Negeri Sembilan; Pasir Gudang dan Tangkak, Johor pula merekodkan bacaan 170, manakala Kluang, Johor (186); Larkin, Johor (166), manakala Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing (164).

Selain itu, Kota Tinggi, Johor (161) dan tiga kawasan iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Indera Mahkota Kuantan, Pahang dan Johan Setia pula masing-masing mencatatkan bacaan 160.