PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar dan mengambil serius setiap teguran berkaitan isu keselamatan pelajar, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, usaha melindungi golongan berkenaan tidak seharusnya dipikul oleh pihak sekolah dan guru semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak.

“KPM dengar dan ambil serius setiap teguran.

“Seperti ditegaskan YAB Perdana Menteri, usaha melindungi anak-anak kita tidak boleh dipikul oleh sekolah dan guru sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Fadhlina, KPM akan terus memperkukuh langkah yang sedang dilaksanakan bagi memastikan aspek keselamatan serta kebajikan murid sentiasa diberi perhatian.