DUBAI: Sebuah helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan kecemasan ketika terbang di ruang udara Laut Merah berhampiran Arab Saudi pada Isnin sebelum hilang daripada data penjejakan penerbangan yang tersedia kepada umum.

Helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk itu, yang menggunakan tanda panggilan VVHR512, mengisytiharkan kecemasan kira-kira jam 5.20 petang waktu Timur AS ketika terbang berhampiran Yanbu, sebuah bandar di pantai barat Arab Saudi.

Helikopter itu dikesan berada pada ketinggian kira-kira 145 meter ketika kecemasan diisytiharkan. 

Aras ketinggiannya kemudian turun kepada sifar sebelum helikopter berkenaan hilang daripada perkhidmatan penjejakan tersebut.

Tentera Laut AS setakat petang Isnin belum mengesahkan insiden itu secara terbuka atau memberikan maklumat mengenai kru helikopter berkenaan mahupun keadaannya.