WASHINGTON: Presiden Donald Trump meluluskan pelaksanaan hukuman mati oleh skuad penembak terhadap Mejar Nidal Hasan, seorang pakar psikiatri Tentera Darat AS yang menembak mati 13 orang di sebuah pangkalan tentera pada 2009, kata Jabatan Pertahanan atau lebih dikenali sebagai Pentagon pada Isnin.
Hukuman mati terhadap Hasan kerana serangan di Fort Hood, Texas yang turut menyebabkan lebih dua belas orang cedera akan menjadi hukuman mati pertama dilaksanakan oleh tentera AS sejak 1961.
“Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth telah mengesyorkan dan Presiden Donald J. Trump telah meluluskan hukuman mati oleh skuad penembak Tentera Darat AS terhadap (Hasan)yang telah disabitkan kesalahan,” kata jurucakap Pentagon, Sean Parnell dalam hantaran di X.




