PETALING JAYA: Seorang lelaki Indonesia melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia selepas mengakui berasa lebih dihargai sebagai pekerja asing susulan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik akaun @lee_dy15 itu berkata, caruman berkenaan memberi keyakinan kepadanya terhadap simpanan hasil titik peluh sepanjang bekerja di Malaysia.

“Jujur, sebagai perantau Indonesia di sini, saya rasa sangat dihargai sejak Malaysia memperkenalkan dasar KWSP untuk pekerja asing.

“Saya rasa masa depan dan hasil penat lelah bekerja di negara orang lebih terjamin apabila ada simpanan untuk kegunaan selepas pulang nanti.

“Terima kasih Malaysia. Ini sangat bermakna buat kami,” katanya menerusi sosial mediannya.