PETALING JAYA – Hasrat mahu sampai ke destinasi awal bertukar mimpi ngeri apabila pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan di sekitar Seksyen 26, Shah Alam malam ini.

Menerusi perkongsian its.shafaaa_ di Threads, keadaan berkenaan turut menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berdepan kelewatan untuk sampai ke destinasi masing-masing.

“Paip pecah katanyaa, satu jam lebih stuck sis. Kita pun nak ambil anak taska pun lambat,” kata zatysams.

Sementara itu, dyanadzirah mendakwa paip pecah menjadi punca kesesakan teruk yang berlaku dari pagi hingga petang di hadapan kilang Proton, Seksyen 26.

“Paip pecah punca jalan jem teruk dari pagi bawak ke petang. Depan kilang Proton Seksyen 26,” tulisnya.