am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Semua sekolah dalam daerah ini akan ditutup esok, berikutan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan bacaan sangat tidak sihat pada jam 8 malam ini.
Pegawai Daerah Batu Pahat, Kamalludin Jamal, berkata keputusan itu diambil selepas bacaan IPU mencecah 203.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan kualiti udara dan bacaan IPU bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk, khususnya murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
"Selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM), tindakan berkaitan pengurusan jerebu di sekolah hendaklah dilaksanakan berdasarkan bacaan IPU dan arahan pihak berkuasa pendidikan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)