KUALA LUMPUR: Seramai 40 usahawan mikro tempatan diberi peluang berniaga di Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 menerusi Litar Rasa MADANI di G Hillstand tanpa dikenakan sewa tapak dan komisen jualan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata kemudahan itu memberi kelebihan besar kepada usahawan berikutan kadar sewa komersial di G Hillstand bagi tempoh tiga hari melebihi RM6,000, tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selain komisen 15 peratus daripada jumlah jualan kasar.
Menurutnya, 40 usahawan terbabit hanya perlu membayar RM180 bagi lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.
"Acara antarabangsa seperti F1 tidak semestinya hanya membuka peluang kepada syarikat besar. Tugas KUSKOP adalah memastikan usahawan kecil Malaysia juga ada ruang untuk berada di pentas itu.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)