KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuh persediaan pelajar menghadapi pasaran kerja yang dipacu kecerdasan buatan (AI) menerusi pengenalan Pasport Kemahiran AI atau AI Skills Passport, satu inisiatif yang menghubungkan kompetensi AI individu dengan kemahiran baharu serta keperluan pekerjaan masa depan.
Inisiatif itu menyediakan laluan berstruktur untuk pelajar memahami keupayaan AI semasa, mengenal pasti jurang kompetensi serta menentukan kemahiran yang perlu dibangunkan selaras dengan perubahan dunia pekerjaan.
Program berkenaan mendapat penyertaan menggalakkan daripada pelajar UTM, mencerminkan kepentingan penguasaan AI dan kesiapsiagaan kerjaya dalam kalangan bakal graduan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)