PETALING JAYA – “Saya ingat ada orang pecah masuk, rupanya ‘Cik M’ (monyet) tengah buat kerja dekat dapur. Menggigil ya tangan masa ini”.

Demikian luahan seorang wanita ketika berdepan situasi cemas apabila rumahnya dipecah masuk oleh monyet liar.

Menerusi perkongsia di Threads Hanie Mansor, dia berkongsi perkara itu susulan kejadian sama yang tular di media sosial membabitkan sebuah sekolah baru-baru ini.

“Saya pernah kena. Allah sahaja tahu perasaan sebab saya dengan anak kecil sahaja waktu itu.

“Dengan darah ‘Cik ‘ banyak. Hujung-hujung saya biar sahaja seharian dan tunggu sehingga suami saya balik,” katanya.