KUALA NERUS – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal maut manakala tiga lain termasuk adik perempuannya berusia 12 tahun cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Sungai Buaya, Kampung Batin, Seberang Takir, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan ke Seberang Takir dari Kampung Batin, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mereka dikatakan cuba memotong kenderaan lain sebelum bergesel dengan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang berada di laluan bertentangan.