HULU SELANGOR: Seorang pelajar lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dua motosikal bertembung dalam kemalangan di Jalan Sungai Buaya, di sini, petang tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 2.30 petang itu, kedua-dua pelajar terbabit dikatakan dalam perjalanan dari sekolah menuju ke Loji Bandar Sungai Buaya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 3.22 petang.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal yang berada di lorong kanan dipercayai membuat pusingan U.
"Penunggang sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum merempuh motosikal berkenaan." katanya ketika dihubungi, malam ini.






