JAKARTA: Drama luar biasa mewarnai final Piala ASEAN FIFA 2026 apabila Indonesia bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjulang trofi buat kali pertama di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini sebentar tadi.
Lebih meriah, perlawanan final itu turut disaksikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Indonesia memulakan permainan dengan cukup agresif apabila Luke Vickery melakukan percubaan seawal minit keempat, namun ditepis penjaga gol Thailand.
Mitchell Baker kemudian terus menguji benteng Thailand menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit kelapan, namun tepat ke arah penjaga gol lawan.






