mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jakarta: Drama luar biasa mewarnai final Piala ASEAN FIFA 2026 apabila Indonesia bangkit menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan sebelum menjulang trofi buat kali pertama di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini sebentar tadi.

Lebih meriah, perlawanan final itu turut disaksikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Indonesia memulakan permainan dengan cukup agresif apabila Luke Vickery melakukan percubaan seawal minit keempat, namun ditepis penjaga gol Thailand.

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan memperagakan aksi menghiburkan namun babak pertama berakhir tanpa jaringan.