sukan@hmetro.com.my
Seremban: Bukan sekadar datang menikmati hidangan, pengunjung McDonald's Pandu-Lalu Seremban 2 turut berpeluang menguji kemahiran, bergembira dengan pelbagai permainan dan paling istimewa, berdepan sendiri dengan bintang sepak takraw negara pada Karnival Liga Takraw Nasional Mekdi 2026, Sabtu lalu.
Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival berkenaan termasuk permainan sepak bulu ayam (Cap Teh), permainan karnival serta Slide & Score Game - Slide & Menang.
Kanak-kanak pula tidak ketinggalan apabila berpeluang menyertai aktiviti lukisan muka dan pertandingan mewarna yang dibuka kepada peserta berusia empat hingga 12 tahun.
Lebih menarik, pihak McDonald's turut mengambil inisiatif menghargai orang ramai yang hadir dengan mengagihkan 500 bungkus hidangan percuma kepada pengunjung,






