sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad wanita Malaysia membuka kempen kelayakan Piala Asia Wanita bawah 17 (B-17) dengan langkah kanan apabila menundukkan Syria 1-0 pada aksi pertama Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), sebentar tadi.

Skuad kendalian Takayoshi Ishihara bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga penghujung perlawanan untuk mendapatkan jaringan selepas beberapa asakan berbahaya yang dilancarkan sejak babak pertama berjaya dipatahkan benteng Syria.

Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dari awal, namun ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Syria turut sesekali mengancam gawang negara, termasuk menerusi satu rembatan kencang pada penghujung babak pertama, namun penjaga gol Malaysia, Nurain Qaisara Muhammad Ali tampil cemerlang menafikan percubaan berkenaan.