am@hmetro.com.my

Bachok: Tiada lagi anak sulung yang menjadi kebanggaan keluarga selepas pemergian Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairy dalam kemalangan di Kilometer 38.5 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Gerik pada Ahad.

Bapanya, Nik Hairey Nik Rahim, 42, berkata, Mohamad Hafiz Daniel, 19, adalah anak sulung daripada empat beradik dan seorang yang ceria serta mudah berkawan.

Katanya, kali terakhir dia bertemu arwah adalah pada malam sebelum anaknya itu bertolak ke Gerik pada 4 pagi Ahad, malah sebelum itu anaknya juga tidak menunjukkan sebarang tanda akan pergi buat selamanya.

"Anak maklum kepada ibunya, ada kerja di Perak.. dia nak pergi dengan rakan dia, cuma urusan apa dia tak beritahu.