KUALA LUMPUR – Ibu pelajar tingkatan empat yang maut pada 14 Oktober tahun lalu, telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa agensi kerajaan, ibu bapa suspek yang mengakibatkan kematian anaknya Yap Shing Xuen di sebuah sekolah di Damansara.
Tindakan undang-undang itu difailkan pada 1 Oktober lalu menerusi Tetuan Surendra Ananth, dengan menamakan beberapa agensi kerajaan, ibu bapa kepada remaja lelaki yang membunuh Shing Xuen, serta remaja lelaki terbabit sebagai defendan.
Menurutnya, keluarga percaya tragedi menimpa Shing Xuen boleh dielakkan sekiranya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya, khususnya dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.









