SHAH ALAM – Menepati ramalan, juara program Kilauan Emas Selebriti 2026 menjadi milik Datuk Jalaluddin Hassan selepas menghadirkan persembahan cemerlang pada konsert final malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800.

Malah, dia juga bakal menerima tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Pada malam kemuncak tersebut, Jalaluddin menyanyikan lagu My Way dan Humko Humise Chura Lo (duet bersama Nadia Fharshah).

Dalam pada itu, Jalaluddin turut menerima Kilauan Emas Of The Week yang membawa pulang RM2,000 dan menyumbangkan wang tersebut kepada selebriti Salih Yaacob.