Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mengukuhkan kedudukan dalam industri hartanah tempatan apabila disenaraikan antara 10 Pemaju Terbaik pada Anugerah Pemaju Hartanah Terbaik The Edge Malaysia (TPDA) 2026.
Pengiktirafan itu sekali gus menjadi pencapaian bermakna buat kumpulan berkenaan yang kini meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya sejak mula bertapak dalam sektor pembangunan hartanah negara.
Sejak diperbadankan pada 1996, Matrix Concepts membina reputasi kukuh menerusi pembangunan perbandaran matang seperti Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan dan Bandar Seri Impian di Kluang, Johor.
Kumpulan itu turut meluaskan jejaknya ke pasaran Lembah Klang menerusi beberapa projek kediaman berprofil tinggi termasuk Chambers Kuala Lumpur, Levia Residence di Cheras serta Levia Residence di Puchong.








