Botswana, Afrika: Bulan madu pasangan pengantin baharu bertukar detik mencemaskan apabila si suami diserang badak air sehingga ususnya terkeluar, sebelum berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas isterinya.
Memetik Metro UK, lelaki itu, Samuel McKee, 31, dan isterinya, Anna McKee, yang berasal dari Washington, Amerika Syarikat (AS), mengembara ke Delta Okavango untuk menerokai kawasan sungai pedalaman yang kaya dengan hidupan liar Afrika.
Difahamkan, ketika menyusuri sungai menggunakan kanu yang dikendalikan seorang pemandu, badak air betina bersama dua anaknya dilihat dari kejauhan sebelum haiwan itu tiba-tiba menyerbu ke arah bot mereka.
Samuel berkata, badak air itu menggigit bahagian badannya sebelum menghempapnya ke dasar paya, malah cengkamannya semakin kuat selepas sempat dilonggarkan seketika.








