Pasir Mas: Parti AMANAH sedia menangani cabaran gandingan Barisan Nasional (BN) dan PAS susulan beberapa siri kekalahan dialami parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, meskipun akur dengan kekalahan partinya di semua kerusi ditandingi dalam PRN Melaka lalu, pihaknya perlu berdepan realiti baharu iaitu menangani gabungan BN-PAS.
Katanya, jika gabungan BN-PAS wujud lebih awal sekalipun, laluan untuk AMANAH menang dalam pilihan raya sangat sukar berikutan BN-PAS mempunyai penyokong tegar.
"Apabila undi PAS dengan UMNO disatukan maka memang sukar untuk AMANAH menang kerana kita bertanding di kawasan majoriti Melayu. Perkara ini bukan baru.









