MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh jauh mendahului pesaingnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Pengerusi UMNO dan BN Melaka itu bertanding mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, sedang mendahului dengan 2,175 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 7.15 petang.
Selain Tanjung Bidara, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN turut mendahului di DUN Durian Tunggal, Taboh Naning, Klebang, Ayer Limau dan Teluk Mas, semuanya ditandingi calon UMNO, namun ketinggalan kepada PH di Pantai Kundor.










