KUALA LUMPUR: Fenomena Super El Nino yang berlaku serentak dengan Monsun Timur Laut (MTL) berpotensi memanjangkan risiko jerebu di negara ini sehingga Mei tahun depan, berbanding unjuran sebelum ini yang menjangkakan keadaan itu berlarutan sehingga Mac.
Keadaan itu susulan jangkaan cuaca panas dan kering berpanjangan yang bukan sahaja mempengaruhi fasa akhir MTL, malah berpotensi berterusan ketika negara memasuki fasa peralihan monsun dan Monsun Barat Daya (MBD).
Timbalan Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ramlan Ab Rahman, berkata data terkini menunjukkan keadaan kering berkemungkinan berlanjutan sehingga Mei 2027, sekali gus meningkatkan risiko jerebu tempatan dan rentas sempadan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
