MANILA: Menteri-menteri Luar ASEAN mahu pengoperasian pusat penyelarasan untuk kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan blok serantau itu dipercepatkan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Gesaan terbaru itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Pasay City, semalam, susulan peningkatan kebimbangan terhadap pencemaran jerebu teruk yang melanda beberapa negara Asia Tenggara, baru-baru ini.

Kebakaran hutan meluas di Indonesia telah mencetuskan jerebu teruk yang merebak hingga ke Filipina menyebabkan sesi persekolahan dibatalkan pada separuh kedua tahun ini.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro, berkata Indonesia memaklumkan pada mesyuarat berkenaan bahawa negara itu sedang mengambil tindakan dan berusaha sedaya upaya untuk menangani pencemaran jerebu.