Zahid Hamidi tolak rombakan Kabinet sebaliknya mahu Parlimen dibubarkan manakala Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kemenangan BN-PN di Melaka tingkat tekanan terhadap Anwar Ibrahim.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin terus mendesak PRU16 diadakan lebih awal bagi memanfaatkan momentum politik jika kerjasamanya menang besar pada PRN Melaka, Sabtu ini, kata penganalisis.

Mazlan Ali berkata kedua-dua gabungan mungkin bimbang momentum itu terjejas susulan perkembangan politik baharu, termasuk siasatan agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa pendedahan.

Beliau tidak menamakan nama parti atau pemimpin tetapi sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Abdul Azeez Abdul Rahim dan Jamil Khir Baharom berdepan pertuduhan berkait salah guna kuasa kontroversi Lembaga Tabung Haji, namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah.