KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber membabitkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu.

"Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026," menurut kenyataan MAB yang disiarkan di laman webnya semalam.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan maklumat kewangan telah diakses.

"Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden berkenaan dan menilai kesannya.