MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menegaskan prestasi kerajaan negeri diukur dan dinilai oleh rakyat, bukannya seteru politik.
"Saya tak tahu daripada sudut mana dia (Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari,) mendapatkan dapatan-dapatan itu, tapi saya tak nak ulas kerana beliau juga pernah jadi Ketua Menteri dan saya pun tak nak ulas masa dia jadi Ketua Menteri apa dia buat.
"Jadi, lebih baiklah kita cerminkan diri kita supaya kita tahu apa yang kita buat untuk rakyat. Saya ingat warga Melaka tahu apa yang kita buat. Yang tak tahu dia," katanya demikian ketika mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini, hari ini.









