KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 penduduk di Parlimen Titiwangsa menerima sumbangan bakul makanan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata program itu sebahagian daripada rutinnya untuk meluangkan masa dan turun padang bagi mendekati masyarakat setempat.
"Menjadi rutin saya setiap cuti hujung minggu untuk turun ke kawasan. Cuti kali ini saya sudah menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Deepavali kepada 1,000 orang penerima di Parlimen Titiwangsa," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian MIC Titiwangsa, Arasu Palanysamy.









