BANDAR GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan lapan orang termasuk seorang kanak-kanak pada Ahad, menurut perkhidmatan kecemasan dan hospital tempatan.
Lima orang terbunuh di Khan Yunis manakala tiga lagi di Bandar Gaza, menurut kenyataan perkhidmatan pertahanan awam wilayah itu yang beroperasi di bawah pentadbiran pergerakan Hamas.
Hospital tempatan berkata, pihaknya menerima jenazah mangsa dan beberapa individu yang cedera.
Pesawat penjajah menyasarkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas di Khan Yunis, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.










