KOTA BHARU: Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) antara persetujuan bersama Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu sudah dibincang dan dipersetujui bersama sejak awal rundingan di antara kedua-dua parti gabungan itu.

Beliau berkata, perkara paling penting ketika ini ialah semua pihak perlu bekerja keras memastikan kemenangan dan tidak memandang mudah mana-mana saingan.

"Persefahaman dan kerjasama di antara semua pihak amat penting bagi memastikan kejayaan kita pada pilihan raya 14 November ini.