KUALA LUMPUR: Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila mencatat kemenangan keenam musim ini selepas menewaskan Star City 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan itu hadir dalam aksi mendebarkan apabila skuad kendalian Kim Pan Gon terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan, namun berjaya mempertahankan kelebihan satu gol sehingga wisel penamat.

Pan Gon mempertaruhkan gandingan Chrigor Moraes dan Hugo Boumous di jentera serangan bagi memburu jaringan, manakala Star City diketuai arkitek tengah, Endrick Dos Santos.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi Hugo Boumous yang mudah menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol Star City, Farhan Abdul Majid.