Kuala Lumpur: Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor (AiSEM@Selangor) 2026 berpotensi mencatatkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM430 juta dan menarik 23,333 kunjungan sepanjang empat hari penganjurannya sebelum melabuhkan tirai pada 17 Oktober 2026.
Dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), AiSEM@Selangor 2026 menghimpunkan pereka cip, inovator dalam bidang AI dan robotik, syarikat pemula niaga dan pencari kerja dari seluruh Malaysia di bawah satu bumbung.
Sidang kemuncak itu, yang diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, turut dianjurkan oleh Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Semikonduktor Malaysia dan Akademi Semikonduktor Termaju Malaysia (ASEM), serta berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Grand Hyatt Kuala Lumpur.









