KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara. Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mengekalkan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis apabila mara ke pentas separuh akhir.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Grand Paris sebentar tadi, pasangan No.31 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-17, 20-22, 21-18 ke atas Marvin Seidel-Nguyen Thuc Phuong dari Jerman.
Pang Ron-Pei Jing sememangnya sedar mereka tidak berdepan laluan mudah hari ini memandangkan lawan mereka itu berjaya menyingkirkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pusingan kedua semalam.
Lebih manis, keputusan itu menyaksikan mereka melayakkan diri ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut selepas turut melakukannya pada kejohanan Terbuka Denmark minggu lalu.









