Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping apabila tersingkir pada separuh akhir Terbuka Denmark, sebentar tadi.
Pang Ron-Pei Jing tewas straight set 13-21, 13-21 dalam tempoh 36 minit di Jyske Bank Arena, sekali gus gagal melangkah ke final kejohanan berstatus Super 750 itu.
Kekalahan itu menyaksikan gandingan ranking ke-51 dunia berkenaan gagal membalas dendam terhadap lawan sama selepas turut tewas kepada pasangan China itu pada final Masters China bulan lalu.
Pada perlawanan akhir berkenaan, Pang Ron-Pei Jing tewas 19-21, 16-21.









