Georgetown: Keluarga tiga rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal Ogos lalu, menerima bantuan secara 'one-off' RM6,500 bagi keperluan mereka.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, RSN Rayer berkata, keluarga itu masing-masing menerima RM5,000 daripada pihaknya, manakala RM1,000 dan RM500 lagi disampaikan oleh Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Selain menzahirkan keprihatinan terhadap insiden yang berlaku, Rayer berkata, bantuan itu bagi meringankan beban ditanggung ahli keluarga berikutan masih tiada khabar berita daripada mangsa yang hilang.

"Jadi, kita juga menyeru kerajaan turut beri bantuan secara one-off kepada keluarga yang terbabit sebagai kebajikan bagi meringankan beban mereka.