SEREMBAN - Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa yang berusia 14 hingga 17 tahun itu daripada ibu bapa dan penjaga pada 20 hingga 23 Ogos lepas."Dalam kes ini, suspek seorang pelajar tingkatan lima dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah iaitu digantung sekolah bermula pada 24 hingga 28 Ogos lepas."Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sehingga kini, lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu. Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan seterusnya.Alzafny berkata, polis akan menjalankan siasatan secara telus supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap individu yang terlibat demi keadilan terhadap kesemua mangsa. - Bernama
Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah

Key takeaways
Polis menerima lima laporan mengenai gambar pelajar perempuan disunting menggunakan AI untuk jadi bahan lucah.
- Suspek ialah pelajar tingkatan lima yang digantung sekolah.
- Siasatan dilakukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
- Lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Perancis henti guna bom tangan kawal protes pelajar
- Berita Harian Syahir tidak gentar jadi bahan uji Thailand
- Harian Metro Syahir tak gentar jadi 'bahan kajian' Thailand
- Sinar Harian Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah (this story)









