KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud dekat sini petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 4.10 petang, yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dan pejalan kaki."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 petang semasa pemandu lori, yang datang dari arah Kampung Surau Haji Daud, telah terlanggar mangsa yang keluar secara tiba-tiba untuk mengambil bola yang tercampak di atas jalan raya."Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan," menurutnya dalam kenyataan Sabtu.Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Budak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola

Key takeaways
Seorang budak lelaki berumur lapan tahun maut dirempuh lori ketika mengambil bola di jalan raya.
- Kemalangan berlaku di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud.
- Budak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di lokasi kejadian.
- Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola
- Sinar Harian Budak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola (this story)








