Kuala Terengganu: Ketua jabatan sektor perkhidmatan awam disaran mempertimbang penugasan mengikut Dasar Hari Bekerja Hibrid ( HBH) dengan mengambil kira keadaan jerebu di negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, secara kebetulan, masalah jerebu kali ini berlaku sekitar tarikh HBH berkuat kuasa iaitu pada 1 Ogos lalu.

Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di negeri terjejas dibolehkan untuk membenarkan penjawat awam bertugas mengikut sistem HBH.

"Ketua jabatan perlu menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memastikan input penjawat awam diberi keutamaan walaupun bekerja secara hibrid di rumah, " katanya.