KERAJAAN Negeri Sembilan menaikkan insentif RM50,000 berbanding RM30,000 sebelum ini, kepada NS Antlers sekiranya muncul juara keseluruhan Liga Sepak Takraw (STL) 2026 yang dijadualkan berlangsung di Perak, minggu depan.Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan negeri turut menyediakan insentif bagi pencapaian tertentu Antlers termasuk RM20,000 berbanding RM15,000 sekiranya muncul juara dalam mana-mana kejohanan sepak takraw.Katanya, insentif berkenaan sebagai dorongan untuk mengekalkan kecemerlangan pada musim ini, sekali gus mencerminkan sokongan penuh kerajaan negeri kepada NS Antlers yang mencatatkan prestasi membanggakan."Ramai yang meletakkan harapan, bukan sahaja saya tetapi juga rakyat Negeri Sembilan dan pencinta sepak takraw di seluruh negeri untuk melihat pasukan kita terus menempa kejayaan."Kerajaan negeri memberikan sokongan yang kuat kepada pasukan ini berdasarkan prestasi dan kecemerlangan mereka pada tahun lalu," katanya selepas melancarkan pasukan NS Antlers bagi menghadapi STL 2026 di sini pada Ahad.Sementara itu, Ismail berkata pihaknya turut mempertimbangkan penubuhan akademi sepak takraw di Negeri Sembilan sekiranya prestasi Antlers kekal konsisten dan sukan berkenaan terus mendapat sambutan serta menjadi tarikan rakyat di negeri ini.Jelasnya,pencapaian berterusan Antlers berpotensi membuka ruang kepada pembangunan sukan sepak takraw yang lebih besar di Negeri SembilanINFO: STL 2026NS ANTLERSHaziq Hairul NizamHafizul Hayazi AdnanAmirul FarabiAfiq BadliZulefendi SumariDaishi Tamaki (Jepun)Siwatbancha Seekhwa (Thailand)
RM50,000 jika NS Antlers juara STL
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kelantan Warriors tidak gopoh jadi juara, mahu kekal di STL
- Sinar Harian RM50,000 jika NS Antlers juara STL (this story)





