Shah Alam: Pelakon, Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melengkapkan kejayaan Anna apabila turut membawa pulang trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat.

Malam kemuncak AMT2026 dianjurkan dengan tema 'Power' turut menyaksikan saingan sengit bagi 16 kategori yang dipertandingkan, di mana keputusan pemenang ditentukan sepenuhnya oleh peminat menerusi undian digital di Tonton.

Penyanyi Zaki Yamani dinobatkan sebagai pemenang Fresh Rising Star Terhangat Darlie, manakala pelakon Fattah Amin meraih kemenangan bagi kategori Selebriti Maskulin Terhangat.