LEEDS: Pengendali Manchester United, Michael Carrick mengambil sisi positif daripada ketahanan mental anak buahnya ketika seri 1-1 menentang Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kini hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga, sekali gus terperosok di tangga ke-13, jauh berbeza berbanding pencapaian di tempat ketiga musim lalu.

Carrick mengakui pasukannya masih gagal mempamerkan kualiti sebenar, terutama ketika menguasai bola, namun tetap melihat perkembangan positif menerusi disiplin dan semangat kebersamaan pemain ketika berdepan tekanan dalam pertembungan sengit di Elland Road.

"Mungkin dari segi kualiti tertinggi, kami belum mencapai tahap terbaik yang sebenarnya mampu kami pamerkan. Dengan keputusan yang diraih sebelum ini, permainan kami belum benar-benar lancar, tetapi masih ada perkara positif yang boleh diambil," katanya.