Manchester: Michael Carrick percaya kenyataan kontroversi Lisandro Martinez yang mengkritik pihak pengurusan Manchester United sebenarnya menyuntik semangat kepada skuad itu dan mengeratkan hubungan sesama pemain.
Carrick mengadakan pertemuan tegang dengan Martinez bersama pengarah bola sepak, Jason Wilcox dan ketua pegawai eksekutif, Omar Berrada selepas sesi latihan semalam sebelum mengesahkan isu berkenaan dianggap selesai.
Namun, Carrick lebih berpuas hati dengan reaksi pemain terhadap situasi berkenaan. Walaupun timbul kebimbangan kenyataan Martinez boleh mencetuskan perpecahan dalam bilik persalinan, ketua jurulatih itu percaya kesannya adalah sebaliknya.
"Isu itu sebenarnya sudah selesai. Kami sudah melangkah ke hadapan. Kami semua memahami situasi berkenaan dan maksud di sebaliknya.









