Bengaluru: Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) mengumumkan bahawa Persekutuan Ekuestrian India (EFI) akan digantung mulai 1 Disember, sekali gus menghalang atlet dan pegawai negara itu daripada menyertai pertandingan antarabangsa susulan krisis tadbir urus berpanjangan.
Penggantungan itu turut menyebabkan India tidak dibenarkan menganjurkan kejohanan yang mendapat kelulusan FEI, ketika negara berkenaan berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi sukan utama dunia selain memburu hak penganjuran Sukan Olimpik 2036.
Jurucakap FEI memberitahu Reuters bahawa EFI tidak dibenarkan menghadiri atau diwakili dalam mesyuarat badan-badan FEI sepanjang tempoh penggantungan.
"Situasi itu akan dikaji semula selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif EFI diadakan dan keputusannya dinilai oleh FEI," kata jurucakap berkenaan.









