TEHRAN: Iran semalam menafikan pembabitannya dalam serangan yang dilancarkan kumpulan Houthi dari Yaman, sehari selepas Arab Saudi menuduh negara itu dalang di sebalik peningkatan serangan terbaru kumpulan berkenaan terhadap kerajaan itu.
Sejak perang saudara di Yaman kembali bergolak Julai lalu, kumpulan Houthi yang menyokong Iran, berulang kali menyerang Arab Saudi, termasuk kapal tangki minyak di Laut Merah, kemudahan minyak, selain insiden minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh yang mengakibatkan 13 maut.
Semalam, perikatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa selama lebih sedekad, melaporkan pihak mereka berjaya memintas lebih banyak peluru berpandu dan dron ketika kerajaan itu terus berdepan gelombang serangan berterusan daripada kumpulan Houthi.






